Term & Conditions
Kuat kuasa mulai: 13 Oktober 2025
Entiti: Maison des Langues Hub (Kelas Perancis)
1. Pengenalan
Laman web Kelas Perancis dimiliki dan dikendalikan oleh Maison des Langues Hub. Dengan mengakses laman ini atau mendaftar ke mana-mana program, anda bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan.
2. Program dan Perkhidmatan
Kami menawarkan beberapa jenis program pembelajaran Bahasa Perancis secara dalam talian (“Program”):
- Bengkel: Sesi intensif jangka pendek (sekitar 3 jam) bagi topik tertentu.
- Modul: Pembelajaran kendiri secara dalam talian (e-learning).
- Kelas One-to-One: Sesi peribadi dengan tenaga pengajar untuk satu peserta utama. Peserta utama boleh menjemput sehingga 10 orang lain untuk menyertai sesi tersebut, namun bayaran penuh hanya dilakukan oleh peserta utama.
Setiap program mempunyai struktur, jadual dan yuran yang berbeza seperti dinyatakan di laman rasmi kami.
3. Pendaftaran dan Pembayaran
Pendaftaran dianggap sah selepas bayaran diterima sepenuhnya. Pembayaran diproses melalui sistem selamat seperti Stripe.
Kami berhak menolak atau membatalkan pendaftaran sekiranya maklumat tidak lengkap, pembayaran tidak sah, atau pelanggaran terma berlaku.
4. Hak dan Tanggungjawab Pengguna
Dengan menggunakan laman ini, anda bersetuju bahawa:
- Maklumat pendaftaran yang diberikan adalah tepat dan terkini.
- Akses ke modul atau bahan pembelajaran adalah untuk kegunaan peribadi anda sahaja.
- Anda tidak dibenarkan berkongsi akaun, bahan, atau rakaman kelas dengan pihak lain tanpa kebenaran bertulis.
- Segala gangguan, spam, atau tingkah laku tidak sopan terhadap tenaga pengajar boleh menyebabkan penamatan akses tanpa sebarang bayaran balik.
5. Penafian
Kami berusaha menyediakan kandungan yang berkualiti dan tepat, namun tidak menjamin pencapaian atau keputusan pembelajaran individu. Penggunaan laman dan kandungan adalah atas risiko pengguna sendiri.
6. Perubahan Terma
Kami berhak mengubah atau menambah mana-mana bahagian dalam terma ini tanpa notis awal. Versi terkini akan dikemas kini di laman ini dengan tarikh kuat kuasa.
7. Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terma atau pendaftaran, sila hubungi:
Emel: [email protected]
WhatsApp: +60147514624