Privacy Policy

Kuat kuasa mulai: 13 Oktober 2025
Entiti: Maison des Langues Hub (Kelas Perancis)

1. Pengenalan

Polisi Privasi ini menerangkan bagaimana kami (Maison des Langues Hub, “kami”) mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melindungi maklumat peribadi pengguna laman web Kelas Perancis (“anda”).
Kami komited untuk memastikan segala maklumat anda dikendalikan secara bertanggungjawab dan selamat.

2. Maklumat yang Dikumpul

Kami mungkin mengumpul maklumat berikut semasa anda menggunakan laman ini atau mendaftar program:

  • Nama penuh
  • Alamat emel
  • Nombor telefon (termasuk WhatsApp)
  • Maklumat pembayaran (diproses melalui sistem selamat seperti Stripe)
  • Maklumat berkaitan pendaftaran kelas, modul, atau bengkel

3. Tujuan Penggunaan Maklumat

Maklumat anda digunakan bagi tujuan berikut:

  • Mengurus pendaftaran dan akses ke program pembelajaran
  • Menghantar pengesahan, invois, atau maklumat berkaitan pembayaran
  • Memberi maklumat terkini tentang kelas, bengkel atau modul
  • Memberikan sokongan pelanggan dan menjawab pertanyaan anda

Kami tidak akan menjual atau berkongsi maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran, kecuali apabila diperlukan oleh undang-undang.

4. Keselamatan Data

Kami melaksanakan langkah keselamatan yang sesuai bagi melindungi maklumat anda daripada akses tanpa kebenaran, kehilangan atau penyalahgunaan. Data pembayaran diproses melalui platform selamat dengan piawaian keselamatan antarabangsa.

5. Hak Anda

Anda berhak untuk:

  • Mengakses dan menyemak maklumat peribadi anda
  • Meminta kemas kini atau pembetulan data
  • Menarik balik kebenaran penggunaan data (selain yang wajib disimpan untuk transaksi)

6. Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan berkaitan privasi atau data boleh dihantar ke:
Emel: [email protected]
WhatsApp: +60147514624

7. Perubahan Polisi

Kami berhak mengemas kini Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan diumumkan di laman ini dengan tarikh kemas kini yang jelas.